Sunday, December 14, 2008

Raya Aidil Adha

Rasa nya lum terlambat lagi ku nak wish selamat hari raya korban kat semua. Raya korban kali ini sama seperti tahun-tahun yang lepas. Family aku semua balik. Cuma yang agak meriah semua pakcik dan makcik aku pun balik beraya kat kampung. Terasa meriah berbanding raya lepas


Tapi macam biasa, sambutan raya haji kat sebelah selatan ni tak lah semeriah sambutan raya haji di sebelah utara dan pantai timur. Ingat masa zaman aku study kat Aloq Staq dulu. Raya haji cuti tak lama, aku follow housemate aku balik raya kat kampung dia kat penang. Seronok. Meriah sangat. Preparation mcm sambut raya puasa. Bila dah balik semula kat sini tak dapat r lagi rasa kemeriahan tu.


Tak kisah lah. Mana2 pn sama. Yang paling penting aku sambut raya with all my family member. Itu dah cukup untuk aku. Aku ni family oriented punya person. susah sket. Hehe...





Aku, nina, aizat dan heyqal si mata besaq.

*******





my sibling ( tak cukup korum nih)

*******





behind the curtain

*******




Adoi. Help! Help! Baby Heyqal kena hempap ngn Aizat

*******


1 comment: