Tuesday, September 9, 2008

Pertama Ramadhan Ini..

Pejam celik pejam celik dah seminggu umat islam menjalani ibadah puasa.. Syukur alhamdulillah, tahun ni tuhan masih panjangkan umur aku untuk melakukan ibadahnya.

Ramadhan antara bulan yang paling mulia. Bulan yang memberi peluang pada kita untuk mengumpul sebanyak-banyak nya pahala kerana amalan baik yang dilakukan di bulan ini diberi ganjaran yang berlipat kali ganda.

Bulan ini juga antara waktu untuk manusia menguji tahap keimanan dan kesabaran. Bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, ramadhan membawa kita memuhasabah dan menginsafi diri. Mengenali erti sebenarnya puasa..

Bagi aku, ramadhan banyak membawa erti yang mendalam. Aku mengenal diri ku sendiri, mula hidup berdikari, meredhai suatu kehilangan dan belajar erti sebuah ketabahan... semua di bulan ramadhan.

25 Ramadhan 1421H, tarikh yang akan ku ingati hingga ke akhir hayat. Tarikh di mana aku kehilangan insan yang paling aku sayangi... ibuku. Dari saat itu aku belajar segala2 nya. Aku insafi diri dan menyedari apa yang ada hanyalah pinjaman dariNYA. Sampai saat, kita akn kembali padaNYA.

Ramadhan 1429, genap lapan tahun ibuku kembali kepangkuan Ilahi. Masih terasa sejuknya dahi ibu ketika kali terakhir aku menciumnya sebelum jenazah ibu dikapankan... Mungkin takdirku hanya dapat hidup seketika dengannya namun aku redha dengan ketentuan ilahi..

Aku panjatkan doa agar roh ibu sentiasa tenang di sana, ditempatkan disisi orng2 yang soleh.. Kehidupan perlu diteruskan, tapi kenangan bersama ibu akan tetap segar dalam ingatanku....

Ma.., kakak rindu sangat kat ma....




1 comment: